"> Meriahnya Raya |Baju Raya Jakel 2016 – Wiida Ribbon

Meriahnya Raya |Baju Raya Jakel 2016

July 3, 2016

IMG_1719
Raya nak dekat dah! Dah beli Baju Raya? Tak tau nak beli baju raya kat mana last minute ni?
Honestly speaking, bukan senang nak cari baju raya last minute ni. BAnyak kedai dah habis size. TAPI, nak tau kat mana size pasti ada? JAKEL la, mana lagi!

Perasan tak, every year kalau last minute nak raya, Jakel mesti penuh dengan abam-abam malaya? Of courselah, time ni la abam-abam kita yang suka shopping last minute akan berada di Jakel dan sedaya upaya mendapatkan harga terbaik untuk baju raya mereka. Ada orang cakap “Selalunya orang lelaki ni suka dahulukan isterinya, sayang katanya, belikan apa isteri nak biarpun si suami tak ada baju raya pun takpe, asalkan isteri cun”. BETUL KE? he he he. Terpulang pada individual tu la kan?

Anyway, bila last minute shopping ni, susah sikit la nak cari warna sama dengan tema, size abam yang pelbagai bentuk dan sewaktunya. Idealistiknya, Jakel la satu-satunya kedai yang menawarkan pelbagai pilihan baju melayu untuk kaum Adam.

IMG_1647

HIGHLIGHT MERIAHNYA RAYA TAHUN 2016

Duta- Dengan kehadiran dan kemunculan duta terbaru Jakel iaitu: Schawalara ( family famous Scha, Awal dan Lara) , Datuk A.C Mizal telah memeriahkan lagi Raya tahun ini. Selain tu, Jakel turut menampilkan duta-duta terdahulu seperti Aaron Aziz, Nabil Ahmad serta tak dilupakan Upin Ipin. Setiap tahun jika ada kehadiran duta-duta Jakel ini mereka akan membuat promosi dan lelongan untuk setiap koleksi baju raya mereka sendiri. Pelbagai koleksi dan design baju raya ditawarkan di Jakel.

IMG_1692

Bukan apa, Wiida dah banyak kali pergi Jakel tahun ni, lebih dari 6 kali, dan setiap kali pergi mesti meriah betul! Happy Hour bukan main hebat. Wiida asyik membeli je kat Jakel. Aish. Memang bahaya pergi Jakel lebih-lebih lagi waktu malam.

Biar Wiida cerita sikit, baju-baju Jakel tahun ni memang lawa-lawa betul, ada pelbagai cutting, designs dan warna. Kira-kira 200 warna ditawarkan bagi satu design baju melayu manakala bagi baju wanita, hanya beberapa warna je ada sebab Jakel ingin m

Cantik dan Mampu Milik
Hat ni tok sah nak habaq. Semua orang tahu, kalau pergi Jakel, mesti membeli. Tak sah kalau balik dengan tangan kosong.

IMG_1633

Harga?
Tengok akak atas ni dah berbisik-bisik cakap “MURAHNYA! Emcee silap announce ke?”.   Anda boleh memilik baju melayu dengan harga serendah RM 130 sahaja. Kalau Malam raya, especially nak dekat raya ni, cepat-cepat pergi, dengar cerita lagi murah! Betul ke? Harga pengsan katanya. biar betul? Jom la tengok! hehe.

Apa lagi, jom lah serbu Jakel! Kalau dah beli, belanja la gambar kat instagram, tag Jakel, Tag Wiida. Boleh la kita tengok-tengok gambar happy dapat baju raya.

IMG_1712
Sebelum Wiida mengakhiri post ni, wiida ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Maafkan Wiida jika wiida pernah terkasar Bahasa mahupun menyakiti perasaan saudari dan saudara. Moga raya ini akan lebih bermakna dengan adanya senyuman dan maaf dari semua.

Thank you for reading! See ya!

Wiida

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply