"> Galeri Hajra Kini dibuka di Cawangan Shah Alam – Wiida Ribbon

Galeri Hajra Kini dibuka di Cawangan Shah Alam

May 8, 2016

Galeri Hajra telah mengembang empayarnya dengan melancarkan satu butik cawangan di Shah Alam. Butik tersebut terletak di bersebelahan Jakel Seksyen 7, Shah Alam.
Majlis pelancaran Galeri Hajra┬átelah diserikan dengan kehadiran duta Hajra iaitu Wawa Zainal. Sebenarnya Wiida agak excited bile dengar Wawa Zainal turun padang pada hari tersebut. Maklumlah, dia kan sweet, gorgeous, comel and semua adalah! Husband dia pun cute ­čśŤ haha.. ok, ok, lets back to the main topic.

Hajra Galeri 7

Hajra Galeri 9

Sebenarnya, ini adalah pengalaman pertama Wiida menghadiri ke majlis pelancaran tudung. Mula-mula rasa nervous juga, tapi sebab Wawa Zainal punya pasal, Wiida redah je lah. Wiida ambil keputusan nak hadirkan diri dengan memakai tudung.

Mula-mula sampai, memang rasa awkward. Lama-lama, dh jumpa blogger-blogger lain, then rasa okay dah. dah tak kekok. hehe ( gelak segan) .
Ada banyak aktiviti yang menarik  serta lelongan hebat diadakan sempena pelancaran ini.
Nak tau apa?
.

.

.

.

.

.

.

.
Hajra Galeri 10

LELONG TUDUNG! Tiga RM 100 je! Lepas tu kalau beli RM 150 ke atas, dapat FREE 2 TUDUNG! Untuk pelanggan 100 terawal dapat Tudung Free. Gempak kan?
Semua NEW ARRIVAL Tudung yang sale, bukan biasa-biasa tau!
Siapa tak follow Instagram dan Snapchat Wiida memang rugi la.. Semua tudung cantik-cantik. Kalau Wiida pakai tudung, dah beli semua tudung-tudung tu. Bukan apa, rambang mata! Wiida siap cuba beberapa tudung lelong haritu. Berebut-berebut nak cuba sampai nak bergambar pun susah.
.

Hajra Galeri 5

Hajra Galeri 2

Hajra Galeri 3

Bukan itu sahaja, ada fashion show contest gitu~ Ingat Malaysia Next Top Model je ke ada fashion show? hehe. Para jemputan / pelanggan di jemput ke atas pentas untuk buat catwalk. Apa lagi, semua pakat tunjuk bakat-bakat terpendam masing-masing. Memang best! gelak sakan kami haritu. Nah, Wiida belanja gambar sikit.

Hajra Galeri 6

Tudung yang paling laris adalah koleksi Bubble Crepe Exclusive ( Wiida difahamkan harga kain Bubble Crepe ni memang mahal) dan bila pakai tudung ni, cantik je follow muka, tak de la terkopek sana, terkemek sini, or senget sangat. Cantik je bila pakai tudung-tudung Hajra. Memang berbaloi la tengok kakak-kakak haritu beli banyak. Sampai 10 helai diorang beli!

Harga Asal tudung instant dan selendang adalah diantara RM 50 ke RM 200, tapi masa sales tu memang untung gile! Antara koleksi terbaru dan selendang exclusive daripada Galeri Hajra adalahvInstant Daniesha Printed, Instant Anzalna, Selendang Raniesha Wool, Selendang Fazura Lace. Tapi yang paling popular Bubble Crepe Exclusive la, tak jarang, tak payah iron, tak kedut, dan senang pakai. Wiida yang tak reti pakai tudung ni pun rasa senang, sarung je, terus nampak kemas dan cantik. Teringin pula pakai tudung.

IMG_2169

Dengan Blogger kak Ayue

IMG_2170

Ramai Blogger-blogger yang Wiida tak kenal. Al Maklum lah, dah lama tak pergi majlis. Seronok Jumpa dengan diorang.

IMG_2172

IMG_2171

IMG_2168

IMG_2167

IMG_2166

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply